Monday, June 7, 2010

Sambungan Kunci Hilang!

Wah...naseb baik betul la mak cik kedai tu ade simpan kunci rumah yang aku tertinggal tu...Fuhhh! Lega hati aku ni mase tu hanya tuhan je la yang tahu. Mase tu lbey kurang pkul 9 lebey dah la...Sah2 aku memang xkan sempat nak g keje. Jazz ajak aku temankan die balik Kuantan. Dah alang-alang x pegi keje, ape lagi. I pollow u je Jazz! Leh gak la aku gi cuci-cuci mate n jalan-jalan jap. Seingat aku memang lame gile la aku x peg berjalan-jalan, since 'the bad day in my life'. Ape lagi, sampai je rumah sewe Jazz (Alor Jambu), aku bukak la Lotus Five. Survey-survey cite jap, wat jadual sikit pastu kami trus la gerak ke Kuantan.
Punya la nak save mase, kiteorang amek 'brunch' je (pagi tu xleh makan sebab duk teringatkan kunci rumah yang hilang tu je). Kami tiba di Kuantan lebey kurang pukul 4 lebey dan trus je singgah kat umah Jazz. Lepas simpan2 barang, kami gerak ke Kompleks Teruntum. Show Budak Setan tu pkul 4.30. Kami telat 5 minit n still dibenarkan masuk lagi.
Aku suke cite budak setan ni. Walaupun plot die pada peringkat permulaan tu tidaklah dikembangkan dengan baik oleh Sharad Sharan, tapi bagi aku jika diteliti dengan baik mesej yang nak disampaikan tu sudah jelas. Plot cite ni makin menarik semasa menuju ke klimaks dan penyudah yang agak tergantung untuk Bahagian Satu dikira cukup baik untuk membuatkan penonton merasakan tertunggu untuk kelahiran Bahagian Keduanya. Ade sesetengah yang mengatakan cite ni diadaptasi daripada sebuah novel cinta. Apapun kisahnya, aku memang belum pernah bace novel tu. Therefore, bagi aku cite die sememangnya bagus dan menarik. Filem mesti tonton bulan ini! Aku sememangnya baru je nak berjinak-jinak dengan dunia fotografi dan elemen fotografi dan design yang menarik dalam cite ni membuatkan aku lebih-lebih minat cite ni. Plus, banyak babak-babak cite ni yang sememangnya berkaitan dengan diari hidup aku ni. Especially, pasal gurl2 ni. Biase la,remaja. Memang penipuan terang-terangan la kalau nak ngaku yang aku ni tak pernah bercinta. Weksss....
Abis je show budak setan tu, kami trus ke Kuantan Parade. Saje jalan-jalan cari makan. Nak ngisi tangki ballast ni. Haha =) Aku sempat jugak la ushar2 barang yang sememangnya aku duk cari selama ni. Sekadar window shopping je. Nak shopping betul2 tak mampu la pulak sebab poket tak berape nak tebal dah akhir-akhir semester.
Next show is entitled, The Vanquisher. Cite siam yang berkisarkan tentang pengganas yang anti pemberontakan dan bagaimana pihak Amerika yang berlagak polis dunia tu menyelesaikan 'konflik dalaman yang sedia ada' di situ. Plot cite ni agak kabur dan ade bhase2 siam yang diguna pakai. Setting cite ni adalah kawasan sempadan diantara Malaysia-Thailand. So, i'm not too bad in understanding the siamese.
Malamnye pulak lepas je makan kat RasaMas, aku tengok Prince of Persia pulak. Cite die ni pun amat best. Aku x penah tgk cite yang sebelumnya. Bile tengik cite ni punyala best, rase cam nak pollow je cite nie. Hero n heroin plak mmg sepadan. Kalau nak diikutkan hati, nak je story anjang2 lagi. Tapi, apakan daya mataku x mampu nak bukak dh ni. Dah time untuk rehat mate plak. Esok pagi ingat nak round2 bndar ni skit lagi. Pastu beli tiket n balik Terengganu. I have something to be settle for the 11,12,13 function. Before that, ingat nak keje kat kedai makan je dulu. Maybe lepas ni sibuk kot n xde la nak story mory kat cni lagi kot. 'Pause' kejap. Aci x? hehe..
Salamz.. =)

No comments:

Post a Comment

T-Test


Ujian T (T-Test) -