Wednesday, June 2, 2010

02 JUNE 2010

Cuti sekolah bermula..Masing-masing sibuk mengatur aktiviti masa cuti sedangkan aku...
I'm changed man.

Tahun akhir bergelar guru pelatih di IPGKDRI ni tidak mengizinkan aku menarik nafas yang begitu lega. Masih banyak lagi agenda-agenda yang masih belum aku penuhi. Bertambah pula agenda baru. Sekarang hanya satu fokusku. Persiapan bekalan untuk penempatan di sekolah pada tahun depan.

Banyak perkara yang bermain dalam benak fikiran ni. Kalau dulu persoalan sekolah dan persekitaran baru yang bakal ditempuh kelak menjadi keutamaan. Kini, ia bagaikan bukan satu persoalan besar bagiku. Kerana kalau nak difikirkan kembali, kita hanya pelaksana dasar dan sememangnya harus akur dengan segala keputusan pihak atasan. Persoalan hak? Sejak bila kita dibenarkan bersuara tentang semua tu. Kalau adapun, yang membuat keputusan sememangnya pihak atasan juga.

Persoalan sekolah atau ceruk mana yang bakal aku ditempatkan kini bukanlah satu main point. Apa yang penting bagiku kini ialah aku harus bersiap sedia untuk segala-galanya. Macam mana aku nak survive dengan satu persekitaran baru. Macam mana aku nak bayar sewa ruamah nnt? Bil-bil Utiliti lagi ni...and the most important thing is boleh tak aku pastikan yang diri aku ni tidak akan terkena tempias kejutan budaya?

Dengan itu, pada cuti semester ini rancanganku bukanlah sekadar bekerja sambilan bagi mengumpul wang saku lagi. Matlamatnya menjadi lebih besar. Aku ingin mengumpul bekalan posting dan cuba belajar selok belok hidup ini. Mungkin dengan melihat kehidupan pada hari ini daripada perspektif yang berbeza dapat memberikan aku beberapa pengajaran yang berguna.

No comments:

Post a Comment

T-Test


Ujian T (T-Test) -